Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Orang Indonesia Terkejut Tengok Apple Store Di Malaysia Tak Putus-Putus Orang Datang Beli

today24 February 2025

Background


Menerusi perkongsian di laman X @anggapph2, seorang warga Indonesia berkongsi rasa kagumnya ketika berada di Malaysia.

Difahamkan, ketika itu dia sedang berada di Apple Store yang terletak di TRX. Menurutnya, sepanjang dia berada di situ, orang ramai kelihatan tidak putus-putus masuk ke kedai tersebut untuk membeli produk berkenaan.

Malah, dia juga menyifatkan Malaysia juga negara yang berkembang dan menguatkan lagi dari segi ekonomi.

Tambahnya lagi, jalan raya di Malaysia juga penuh dengan kereta dan sesak dengan pembangunan yang terus meningkat.

Katanya, ekonomi di Malaysia dikatakan meningkat sebanyak 5% tahun ini di bawah pentadbiran kerajaan Malaysia Madani yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Sukan

Inter Milan rampas takhta Serie A

Como (Itali): Napoli kehilangan kedudukan teratas dalam Serie A kepada Inter Milan menjelang pertemuan penting minggu depan di Naples selepas tewas 2-1 kepada pendatang baru iaitu Como.

today24 February 2025