Menerusi video tersebut, seorang lelaki berkongsi pengalamannya ketika berada di Jepun. Ketika itu dia sedang merokok di tepi jalan bersama dengan beberapa orang Jepun di sana.
Namun, dia mengaku telah membawa sikapnya ketika berada di Malaysia dan dilakukan di negara berkenaan.
Katanya, dia telah membuang putung rokok di tepi jalan dan memijaknya sehingga orang Jepun di sana memandangnya dengan sinis.
“Saya bawa tabiat merokok saya atapun kita ketis ketis merata tempat, saya buat macam tu orang Jepun yang merokok dengan saya tu dia pandang saya atas dan bawah.
“Saya habis rokok dulu, jadi saya buanglah kat bawah pijaklah. Dia tengok saya lepastu dia boleh keluar dia punya ash tray tu dia cucuh dia punya putung rokok dalam tu dan dia tutup terus masuk dalam poket,” katanya.
Dia juga menasihatkan agar orang ramai tidak membawa tabiat buruk itu dan lakukan di negara lain.