
JOHOR BAHRU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mendakwa sambutan menggalakkan penduduk di Johor terhadap Najib Razak ketika turun padang adalah kerana mahu melihat “perompak” dengan lebih dekat.
Katanya, sambutan menggalakkan orang ramai pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dihadiri Najib itu tidak bermakna bekas Perdana Menteri itu disokong rakyat.
“Biasalah orang yang datang itu mereka tengok muka siapa (pemimpin itu) ada yang suka datang ada yang tak suka pun datang, mereka nak tengok betul ke dia (Najib) ini ‘perompak’, betul ke dia (Najib) ini yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah.
“Jangan kita andaikan kerana ramai datang itu mereka suka (Najib), mereka mungkin nak tengok muka sebenar adakah ini orangnya yang telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta yang terbabit dalam kes SRC…