
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata perpecahan orang Melayu berlaku akibat ketidakcekapan penggantinya selepas beliau meletakkan jawatan pada 2003.
Mahathir berkata, sebahagian besar orang Melayu bersatu bawah Umno ketika beliau berkuasa selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.
Katanya, Umno mendapat kepercayaan tinggi orang Melayu sepanjang pemerintahannya membawa kepada Barisan Nasional (BN) menikmati sokongan dua pertiga dalam lima PRU.
Menurutnya, kemerosotan bermula apabila penggantinya Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih tampuk pemerintahan.
“Pada 2008, ketika beliau (Abdullah) bertanding pilihan raya, beliau kalah lima negeri. Itulah permulaan perpecahan dalam Umno. Umno menjadi sangat lemah dan rakyat tidak lagi menyokong Umno,” katanya dalam wawancara ekslusif bersama FMT.
Beliau berkata, walaupun BN mendapat mandat besar pada PRU…