
PASIR GUDANG: Calon Pakatan Harapan (PH) Hassan Karim, yang bertanding mempertahankan Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau simpati dengan rakan sekutunya, DAP susulan berterusan menjadi mangsa serangan berbaur perkauman dan agama oleh Perikatan Nasional (PN).
Peguam berusia 71 tahun itu berkata, serangan termasuk tuduhan DAP membawa agenda komunis dan anti-raja ialah dakwaan tidak masuk akal, selain menjadi “lagu lama” yang kembali didendangkan PAS serta sekutunya setiap kali menjelang pilihan raya.
“Sebenarnya, saya simpati dengan rakan saya dalam DAP. Saya bekerja rapat bersama mereka lebih berdekad-dekad, dan jika benarlah mereka parti komunis, mengapa masih dibenarkan parti itu masuk bertanding pilihan raya? Saya mahu beritahu kamu, Melayu tidak sebodoh itu untuk percaya propaganda seperti itu lagi.
“Mereka cukup arif bahawa PAS dan Bersatu (kini dalam PN) pernah…