SHAH ALAM: Masyarakat Melayu tidak boleh terus ‘disuap’ walaupun perlu dibantu dari segi pendidikan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof pada sambutan ulang tahun ke-25 Universiti Teknologi Mara (UiTM), Anwar berkata, universiti itu memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat Melayu maju sehingga boleh berdikari.
Anwar berkata, sejarah UiTM perlu dimaknai dengan kefahaman tentang cabaran dan permasalahan menyelubungi pendidikan orang Melayu.
Menurutnya, sasterawan terkemuka Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) pernah menyatakan bahawa kemiskinan bagi orang Melayu bukan hanya dari segi harta dan wang ringgit, malah dari segi ‘pendidikan, hemat dan cita-cita orang Melayu itu sendiri’.
“Atas sebab kemunduran dan kemiskinan inilah, UiTM masih kekal relevan…