Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Orang muda guna vape makin ramai, KKM kuat kuasa Akta 852 Jun

today16 May 2024

Background


vaping vape
Dapatan GATS 2023 menunjukkan prevalens pengguna rokok elektronik dalam kalangan perokok berusia 15 hingga 24 tahun meningkat kepada 8.6% pada 2023 berbanding 1.1% pada 2011.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) sepenuhnya pada Jun depan sebagai langkah menangani peningkatan penggunaan rokok elektronik membabitkan golongan muda.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad, berkata berdasarkan dapatan Global Adult Tobacco Survey (GATS) 2023, penggunaan rokok elektronik atau vape membabitkan golongan muda membimbangkan dan memerlukan tindakan pantas serta tuntas.

β€œPenguatkuasaan Akta 852 ini berserta peraturan dan perintahnya, insya-Allah akan kita laksanakan bermula Jun 2024 sebagai respons kepada peningkatan vape, sebab dalam akta kawalan produk merokok ia juga akta kawalan vape.

β€œKita harapkan dengan perintah dan peraturan kita akan dapat tangani peningkatan rokok elektronik atau vape dalam kalangan orang muda…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post