Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Osman Sapian meninggal dunia | Free Malaysia Today (FMT)

today22 December 2021

Background



JOHOR BAHRU: Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian meninggal dunia di kediaman anaknya malam tadi selepas lebih dua bulan mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan, Okt lalu.

Perkara itu disahkan abang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu, Aziz Sapian ketika dihubungi FMT.

“Betul (meninggal dunia),” jawabnya ringkas.

Pada 13 Okt lalu, Osman menjalani rawatan selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Osman, 70, adalah Menteri Besar Johor ke-16 dan yang pertama daripada Bersatu dilantik selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau menyandang jawatan itu selama 11 bulan sebelum melepaskannya pada April 2019.

Previous articleBanjir: 4 lagi mayat ditemui di Taman Sri Muda

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Fahmi Yusof


Previous post