Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

OST Drama Nur 2 Bikin Netizen Tak Sabar Nak Tonton!

today5 March 2019

Background

Siapa yang tak tonton drama rantaian Nur pada bulan Ramadhan tahun lalu mesti rasa ketinggalan kan?
Image result for nur 2
Mana tak nya, drama tersebut berjaya mencatat 2.5 juta penonton ketika babak Aishah lakonan Noorkhiriah menuduh Nur menyihir keluarganya menggunakan sup bunjut hingga tular di laman sosial!

Bagaimanapun, berita mengenai sekuel Nur 2 tersebar luas apabila pengarahnya Shahrulezad Mohameddin mengakui mendapat tawaran untuk menyambung hasil karya tersebut daripada TV3.
Bila ada drama, mesti ada Original Sound Track (OST) kan? Seperti Nur tahun lalu, mereka memainkan lagu Amylea dan Kaer Tak Pernah Hilang untuk menghiasi drama tersebut.
Kali ini, untuk sekuel yang kedua, mereka memutuskan untuk menggilap bakat Marsha Milan peserta daripada sebuah program realiti untuk memikul tanggungjawab menyampaikan lagu yang bertajuk Bimbang.

Mengakui tersentuh saat merakamkan lagu baru berjudul Bimbang, Marsha menjelaskan ia adalah kerana sangat dekat dengan kehidupannya sebagai mualaf.
Marsha yang menitiskan air mata saat ditemubual media berkata, lagu yang bakal menjadi OST drama bersiri Nur 2 itu mengingatkannya kepada pelbagai dugaan yang dilalui.

Saya banyak simpan apa yang saya rasa dalam hati. Jadi, bila lagu ini siap dirakam, timbul rasa sebak kerana setiap kata-katanya sangat dekat dengan diri saya terutama perubahan kehidupan saya sebelum dan selepas memeluk Islam

Selain mengenang pengalaman berhijrah, Masha turut menjelaskan proses menghasilkan Bimbang sangat mencabar susulan lagu itu ialah ciptaan Farouk Roman manakala liriknya ditulis rakan baiknya Amylea Azizan.
Marsha turut memaklumkan ada mencurahkan idea dan bekerja keras untuk penghasilan lagu baru itu.

Sebelum ini, ada juga saya ambil tahu lagu-lagu yang dihasilkan untuk saya. Cuma, kali ini rasanya berbeza kerana saya curahkan hampir keseluruhan komitmen.

Marsha turut berharap Bimbang akan diterima baik terutamanya pengikut setia drama Nur 2.

Written by: Azra Azuar


Previous post