Hot FM

Overthink Percubaan Pertama Ain Edruce

Bukan sahaja bijak mengacara dan berlakon malah, Ain Edruce juga mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian.

Pada 31 Disember lalu, Ain telah melancarkan single dan video muzik berjudul Overthink sebagai percubaan pertama.

Menariknya, lagu itu adalah hasil kolaborasi Ain bersama penyanyi Akwa Arifin.

Jika diamati lirik lagunya, Overthink yang bergenre rap amat sesuai untuk sesiapa yang dalam relationship dan selalu overthinking.

Setakat artikel ini ditulis, video klip lagu Overthink juga telah meraih lebih 205,000 tontonan sejak ia dilancarkan.

All the best Ain Edruce!

Exit mobile version