London: Arsenal dilapor menolak bidaan £5 juta (RM27 juta) daripada Al-Nassr untuk mendapatkan khidmat Mesut Ozil.
Pemain tengah bergaji £350,000 (RM1.89 juta) seminggu itu tidak beraksi bersama skuad Mikel Arteta sejak 7 Mac lalu.
Menurut Tyc Sports, kelab Arab Saudi itu mahu menandatangani Ozil dengan kontrak dua tahun.
Tetapi Ozil menegaskan dia tidak bersedia menerima tawaran Al-Nassr. Dia enggan berpindah ke Asia walaupun ‘dibekukan’ oleh Arsenal.
Kelab utara London itu dijangka…
