GEORGE TOWN: Pulau Pinang berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak ‘Streets of Harmony’ dalam usaha menggalakkan dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Beliau berkata ketika ini terdapat empat ‘Streets Of Harmony’ yang menempatkan rumah ibadat pelbagai agama dalam satu kawasan secara harmoni.
“Empat ‘Street Of Harmony’ itu ialah di kawasan Masjid Kapitan Keling di George Town, Seberang Jaya dan Bukit Mertajam serta yang terbaharu hari ini dirasmikan di kawasan Bayan Baru dan semua tempat berkenaan menempatkan rumah-rumah ibadat secara harmoni.
“Dalam perancangan adalah di Ampang Jajar, Butterworth yang akan diwujudkan, namun ia satu kawasan pembangunan yang baharu dan masih memerlukan masa untuk rumah-rumah ibadat dibina di situ,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Streets Of…