

Pulau Pinang mungkin masih perlu membayar lebih RM1 bilion sekiranya pengendali airnya menamatkan perjanjian 40 tahun untuk membeli air terawat dari Perak, dakwa bekas ketua menteri Lim Guan Eng yang terus berbalas kenyataan dengan penggantinya Chow Kon Yeow.
Lim berkata Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) masih perlu membayar caj kapasiti tertunggak bagi baki tempoh perjanjian itu, meskipun memilih untuk menamatkannya.
Merujuk pekeliling PBA Holdings Bhd (PBAH) kepada pemegang saham bertarikh 27 Okt, beliau berkata jumlah itu akan dikira berdasarkan nilai bayaran yang masih perlu dibuat pada masa kini, menggunakan kadar diskaun 4%.
“Saya terkejut Chow gagal menyebut jumlah yang perlu dibayar PBAPP bagi caj kapasiti sekiranya ia memilih untuk menamatkan perjanjian itu….