Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

P Pinang teliti kenaikan gaji penjawat awam

today1 May 2024

Background


Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow berkata Jabatan Kewangan Negeri akan meneliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan berhubung kenaikan gaji penjawat awam di Pulau Pinang. (Gambar Facebook)

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata Jabatan Kewangan Negeri akan meneliti dan mengkaji terlebih dahulu khususnya mengenai penambahan perbelanjaan atau emolumen sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kita perlu melihat keadaan kewangan setiap negeri. Memang kita perlu menyediakan bajet sekiranya dilaksanakan di peringkat negeri juga. Saya percaya akan menjadi cabaran kepada sesetengah negeri untuk menampung perbelanjaan tambahan ini,” katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13% bermula Disember ini dengan melibatkan peruntukan lebih RM10…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post