

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan terus menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana, walaupun terdapat saranan agar agensi kerajaan tidak menganjurkan majlis sedemikian.
Semalam dilaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan, agensi-agensi kerajaan tidak akan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri sebagai langkah penjimatan bagi mendepani kesan konflik di Asia Barat.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, setakat ini kerajaan negeri belum menerima sebarang pekeliling rasmi daripada ketua setiausaha negara mengenai perkara tersebut.
“Saya rasa kerana masa pun begitu dekat, majlis pun sudah diatur dan surat jemputan sudah dikeluarkan.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pun belum sempat bincang isu ini secara rasmi,” katanya kepada pemberita, lapor Bernama.
Chow menambah, majlis…