Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

PA Artis Wanita Popular Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

today19 August 2024

Background

Susulan dakwaan mencuri wang dan barang kemas pembantu peribadi kepada pelakon wanita popular akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin.

Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare memaklumkan perkara tersebut dan siasatan masih dijalanlan.

“Suspek dibebaskan dengan jamin polis sementara siasatan dilengkapkan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, media melaporkan bahawa pelakon wanita itu mendakwa dia menyedari barang kemas miliknya hilang termasuklah wang berjumlah RM10,000.

Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya menahan reman suspek selama empat hari dari 14 hingga 18 Ogos.

Manakala, pembantu peribadi itu juga sebelum ini difahamkan ada membuat laporan polis di IPD Gombak mendakwa, dia dicederakan selebriti terbabit termasuklah mengacukan objek tajam ke arah wanita terbabit sehingga cedera.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Curi Barangan Kemas & Wang RM10,000… Pembantu Peribadi Pelakon Wanita Popular Ditahan Polis

ARTIKEL BERKAITAN:Berang Konflik Perkahwinan Didedahkan Kepada Ibu… Aktres Popular Didakwa Pukul Pembantu Peribadi, Kena Acu Senjata Tajam?

Written by: Salma


Previous post