Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

PA Dituduh Sombong, Shiha Zikir Terkena Tempias?

today19 September 2022

Background

Selepas timbul isu pembantu peribadi (PA) pempengaruh media sosial, Khairul Aming yang didakwa sombong mula reda, kali ini giliran Shiha Zikir pula terkena tempias apabila ada peminat yang mengadu mengenai sikap PA penyanyi itu.

Memetik laporan BOOM!, peminat tersebut meluahkan rasa kecewa apabila mendapat layanan yang teruk dari pengurus peribadi hos rancangan Terpaling Juara itu.

“Shiha okay… tapi, PA dia yang macam bila kita nak dekat-dekat dia macam tarik Shiha. Padahal Shiha okay je. Dia cuma tak suka kami rapat-rapat tak tahu kenapa.

“Sebab Shiha layan peminat dia baik sangat. Tak tahulah kalau dia cemburu ke apa?

“Waktu mula-mula Shiha masuk program Dansa Dansing, kamilah yang tiap-tiap minggu datang support. PA dia siap cakap bawa lah kawan ramai-ramai. Nak tahu dari sembilan orang je waktu konsert pertama sampai jadi 30 orang kami collect fan untuk datang support Shiha.

“Bila Shiha dah naik sikit meletup, PA dia yang macam melebih-lebih,” katanya.

Sementara itu, individu tersebut juga mendedahkan sikap pengurus peribadi Shiha yang dikatakan tidak senang dengan kehadiran peminat apabila didakwa memberikan reaksi muka yang kurang menyenangkan setiap kali peminat datang dan menyapa penyanyi itu.

“Boleh nampaklah riak muka dia macam tak suka kami rapat as peminat.Β 

“Shiha tak ada masalah langsung, paling ketarakan sekarang Shiha jadi pengacara Terpaling Juara.

“Setiap minggu kami datang support, walaupun tak ada siapa yang suruh datang. Kami memang nak tengok Shiha.

“Shiha tak kekwat tapi PA dia yang kekwat. Kecewalah sebab dari dulu muka kami je bang,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Shiha digandingkan bersama Haziq Hussni sebagai pengacara bagi program Terpaling Juara yang akan disiarkan di TV3, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

 

Sumber: BOOM

Written by: Aqilah


Previous post