Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

PA Tipu RM15,000… Fify Azmi Buat Laporan Polis

today7 June 2022

Background

Baru sahaja dirisik oleh kekasih hati yang juga pelakon Nafiez Zaidi pada Sabtu, Fify Azmi hari ini tampil memberitahu bahawa pengurusnya telah melakukan pecah amanah apabila menipu wang hasil titik peluhnya bersama pihak produksi Skop Production berjumlah RM15,000.

Fify mendedahkan perkara itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya beserta gambar pengurusnya yang dikenali sebagai Siti Norawati Mohd Nor atau Nora sebentar tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi)

 

Menurut bekas pengacara Borak Kopitiam ini, beliau telah diberikan tawaran  untuk berlakon dalam sebuah drama berjudul Special Force Anarchy arahan Syafiq Yusof.

Malah, semua urusan berkenaan penggambaran dan pembayaran diuruskan oleh Nora dimana, sepatutnya urusan pembayaran yang diterima dari pihak Skop Production akan terus dimasukkan ke akaun bank peribadi beliau.

Namun, Nora telah menelefon pihak produksi terbabit agar segala urusan pembayaran berjumlah RM15,000 itu dimasukkan terus ke akaun miliknya.

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar segala urusan Fify dipermudahkan bagaimanapun, terdapat segelintir daripada follower beliau menyifatkan tindakan Nora ini seperti ‘PA dari neraka’.

Written by: Salma