
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan siasatan terhadap pengurusan, tadbir urus kewangan dan pelaksanaan fizikal projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1 susulan beberapa kelemahan dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.
Pengerusinya Mas Ermieyati Samsudin berkata PAC akan meneliti secara mendalam bagaimana masalah itu boleh berlaku walaupun pelbagai jawatankuasa pemantauan telah diwujudkan di peringkat negeri dan Persekutuan.
Menurutnya, PAC akan memanggil saksi daripada Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR), termasuk JKR Sabah, serta agensi dan pihak berkaitan untuk memberi keterangan dalam prosiding itu.
“Sekiranya prosiding menemukan sebarang indikasi salah laku, rasuah atau penyelewengan kuasa, PAC tidak akan teragak-agak merujuk dapatan…