Hot FM

PAC tak salahkan Arul Kanda berkait salah urus 1MDB, mahkamah diberitahu


1MDB menuntut ganti rugi USD6.59 bilion daripada Arul Kanda Kandasamy dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Irwan Serigar Abdullah atas dakwaan antaranya pecah amanah dan salah guna dana.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak menyalahkan bekas presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy bagi salah urus syarikat dana kekayaan kedaulatan itu pada 2016.

Penyiasat penipuan kewangan berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mengakui beliau dan PAC telah mencapai kesimpulan berbeza berhubung krisis kewangan 1MDB, dengan beliau mengenal pasti Arul Kanda sebagai bertanggungjawab, manakala PAC meletakkan kesalahan kepada bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas peguam Arul Kanda, Sanjay Mohan dalam tuntutan saman USD6.59 bilion 1MDB terhadap Arul Kanda dan dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Irwan Serigar Abdullah.

Sanjay: Templeman, lihat laporan PAC, lihat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version