Suspek berdepan hukuman denda maksimum RM100,000 dan penjara tiga tahun jika disabitkan kesalahan.

PETALING JAYA: Polis menahan reman tiga lelaki yang disyaki menyerang anjing sehingga mati selepas haiwan itu terjatuh dari longkang di Kampung Teluk Tempoyak, Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Khaw Kok Chin berkata tiga lelaki berusia antara 40 hingga 53 tahun itu diberkas di sekitar Batu Maung tengah malam tadi.
“Kesemua suspek yang bekerja sebagai ejen kargo, nelayan dan pemandu bas direman selama tiga hari sehingga 12 Julai untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Khaw berkata kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun jika disabitkan kesalahan.
Semalam,…