Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Selain menjadi tempat menunaikan ibadah, masjid juga berperanan pusat aktiviti sosial umat Islam. Sejajar dengan peredaran zaman, masjid perlulah dinaik taraf kemudahannya agar dapat menarik minat orang muda datang beribadah ke masjid.
Terbaharu, sebuah video TikTok yang dikongsi kembali di Twitter memaparkan kemudahan-kemudahan di Masjid Al Busyra Merbuk, Kedah. Menerusi video tersebut, dapat dilihat Masjid Al Busyra Merbuk menawarkan kemudahan mesra musafir seperti tempat cuci kereta, pondok info, mesin snack layan diri dan banyak lagi.
Contoh duit derma yang digunakan sebaiknya oleh pengurusan masjid. Anak muda penuh idea untuk menggerakkan masjid. Di tempat lain, Ada AJK yang berbangga ada banyak kutipan tapi disimpan begitu sahaja. pic.twitter.com/HrE9NNeaUU
— Twt_Bajet (@twt_bajet) January 24, 2022
Malah, pondok info, kafe dan homestay juga dalam pembangunan. Pihak masjid juga…