Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Paderi ditahan disyaki amang seksual remaja 13 tahun

today14 August 2024

Background


handcuff
Seorang paderi ditahan susulan aduan seorang remaja berusia 13 tahun bahawa dia diganggu secara seksual oleh suspek dari Jun hingga Julai lepas.

PETALING JAYA: Seorang paderi ditahan kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 13 tahun di sebuah gereja dekat Puchong.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Puchong semalam selepas aduan diterima daripada mangsa kelmarin.

Tambahnya, suspek akan direman bagi tujuan siasatan.

“Pengadu menyatakan pada Jun hingga Julai (dia) telah diganggu secara seksual fizikal oleh suspek di dalam bilik tidur di sebuah gereja terletak di Bandar Bukit Puchong,” kata Wan Azlan dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post