Hot FM

Padu tak patut kumpul maklumat tiada kaitan, kata Abang Johari


Premier Sarawak Abang Johari berkata orang ramai mempunyai hak untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi, terutamanya yang tidak berkaitan dengan pendapatan dan keadaan ekonomi.

PETALING JAYA: Pangkalan Data Utama (Padu) tidak seharusnya mengumpul maklumat berlebihan yang tidak berkaitan dengan status kewangan seseorang, kata Premier Sarawak Abang Johari Openg.

Abang Johari berkata rakyat Sarawak mempersoalkan keperluan menyediakan maklumat peribadi yang meluas ketika mendaftar di Padu, lapor Borneo Post.

“Sekiranya maklumat yang luas didedahkan tanpa kaitan dengan hal kewangan … kami tidak melihat sebarang justifikasi untuk memperoleh butiran mendalam sedemikian,” katanya.

Abang Johari juga berkata perlu ada had yang dikenakan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi untuk melindungi maklumat peribadi, memastikan selaras dengan peruntukan perlembagaan yang melindungi kebebasan.

“Anda mempunyai hak untuk tidak mendedahkan butiran peribadi. Tetapi jika ia berkaitan dengan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version