
PETALING JAYA: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengesahkan berlaku kebocoran besar pada saluran paip bawah permukaan air Sungai Perai.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata PBAPP sedang berusaha mengepam air melalui saluran paip pada aliran minimum, yang mungkin akan membawa kepada gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di daerah Barat Daya dan beberapa kawasan di Seberang Perai.
“PBAPP telah mengaktifkan pelan respons kecemasannya,” katanya dalam kenyataan.
Beliau yang juga pengerusi PBAPP menyifatkan kejadian itu sebagai mengejut dan mendadak, serta maklumat berkaitan akan dikemas kini sewajarnya.
Sebelum ini, Chow memaklumkan kepada pemberita bahawa paip berada di dasar sungai lebih 30 tahun dan tidak dapat diperbaiki lagi, selepas kebocoran dikesan pada 12 Jan.
Pemasangan paip sementara dijangka siap pada…