
BUTTERWORTH: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan satu lagi kebocoran saluran paip bawah air di dasar Sungai Perai telah dikesan.
PBAPP berkata, kakitangannya sedang menyiasat punca dan lokasi kebocoran itu untuk memastikan sama ada ia berada pada bahagian yang sama yang telah dibaiki semalam.
“Walaupun berlaku kebocoran, PBAPP akan terus mengepam air melalui saluran paip buat masa ini dan pengguna pemulihan tahap kedua diminta untuk menyimpan air,” kata PBAPP dalam kenyataan.
“Saluran paip itu mungkin akan ditutup kemudian untuk kerja-kerja pembaikan kecemasan, ia masih dalam siasatan. PBAPP akan berkongsi hasilnya apabila ia mempunyai maklumat dan data yang tepat.”
Semalam PBAPP memaklumkan kerja membaiki saluran paip di dasar Sungai Perai telah disiapkan, membabitkan kerja-kerja mengikat pengapit yang…