
Selangor menyalurkan bantuan bayaran sewa RM2,000 selama tiga bulan kepada 70 mangsa dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor Borhan Aman Shah, berkata bantuan itu disalurkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) secara pindahan terus ke akaun.
“Arahan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, adalah untuk memastikan bantuan ini terus dimasukkan ke dalam akaun mereka. Sebanyak tiga bulan bantuan, iaitu RM6,000, telah disalurkan secara langsung,” katanya menurut Bernama selepas majlis peluncuran Kampung Angkat Madani: Kampung Labu Lanjut, Subang Jaya.
Borhan berkata, jumlah penerima bantuan sewa rumah itu dijangka meningkat mulai minggu depan kerana proses pengagihan bantuan sedang dijalankan…