
PETALING JAYA: Penduduk sekitar Paka, Dungun, dijangka terputus bekalan air selepas paip dianggar berukuran 500 hingga 700mm yang menyeberangi jambatan patah.
Kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang semalam dan dianggarkan 23,000 akaun pengguna Syarikat Air Terengganu (Satu) akan terjejas berikutan kejadian itu.
Sebelum kejadian itu, terdapat sebuah kapal tunda bersama tongkang serta sekumpulan pekerja di lokasi dikatakan sedang menggantikan tapak konkrit yang menyokong paip besar itu.
Ketika kerja itu dilakukan, paip dikatakan patah menyebabkan sebahagiannya terjatuh ke atas tongkang.
ADUN Paka, Satiful Bahri Mamat, berkata tongkang itu difahamkan milik kontraktor yang menjalankan kerja pembaikan paip.
Katanya, kerja itu dilakukan bagi membaiki paip di situ yang hampir patah sebelum ini selepas…