Menerusi video tersebut, kelihatan pengguna TikTok itu menujukkan seorang tukang bersih warga Bangladesh yang sedang mengemas di medan selera.
Namun, menurut wanita itu dia memberitahu pak cik tersebut telah dimarahi oleh seorang bangsa Melayu kerana tidak sengaja mengotorkan baju raya miliknya. Malah, pelanggan tersebut siap memakinya selepas kejadian itu.
Oleh kerana simpati, wanita itu dan suaminya kemudian menghulurkan sedikit wang sebagai tanda simpati dan sebagai tanda terima kasih atas kerjanya itu.