Mohd Izwan berkata, permainan kereta api itu terdiri daripada tiga gerabak yang bergerak di atas rel sepanjang 500 meter.
Katanya, ia boleh memuatkan enam hingga tujuh individu pada satu-satu masa serta sesuai dinaiki oleh kanak-kanak mahupun dewasa.
“Kereta api itu bergerak dengan alat kawalan dan orang yang duduk paling depan perlu mengawalnya. Bagi tujuan keseimbangan, orang dewasa perlu duduk di bahagian depan dan belakang, manakala kanak-kanak di tengah.
“Saya sekeluarga sudah menaikinya ketika ke rumah pak cik tempoh hari dan memang seronok,” katanya.
Malah, dia tidak menyangka perkongsian di TikTok akan mendapat perhatian ramai hingga tular.
Melihat penerimaan baik itu, katanya, bapa saudaranya merancang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaiki permainan berkenaan.
“Tak tahu bila tapi jika dibuka nanti, mereka yang nak datang kena buat temujanji dulu. Ia kerana pak cik menjaga nenek (ibunya), jadi agak sibuk,” katanya.