Petinju muda muay thai, Johan ‘Jojo’ Ghazali meraih perhatian selepas tampil segak menggayakan busana baju melayu lengkap daripada jenama tempatan terkenal.
Johan yang bakal bertanding di gelanggang ONE 168: Denver ini akan bertarung dengan petinju dari Mexico, Josue ‘Tuzo’ Cruz itu memuat naik foto memakai baju melayu serba hitam itu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum kepada Johan kerana membawa pakaian tradisional Malaysia ke pentas antarabangsa.

Sekadar info, Johan tidak pernah tewas dalam lima pertarungan setelah menyertai ONE Championship.
Namun begitu, Johan tewas apabila bertemu petinju berpengalaman dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Trat selepas tiga pusingan dalam pertarungan yang berlangsung pada awal Jun lalu.