Hot FM

Pakar gesa siasat jual buah pinggang sehingga RM500,000 di media sosial


surgery operation
Dr Zainal Omar bimbang kerana pemindahan organ seperti buah pinggang bukan perkara mudah dan memerlukan pembabitan pakar. (Gambar Envato Elements)

PETALING JAYA: Seorang pakar perubatan kesihatan awam menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap aktiviti penjualan buah pinggang berharga RM10,000 hingga RM500,000 didakwa di media sosial.

Dr Zainal Omar yang juga bekas pengarah kesihatan Pahang berkata beliau bimbang melihat ‘pengiklanan’ penjualan salah satu organ terpenting badan itu dibuat tanpa kawalan dan terbuka menerusi sebuah kumpulan di Facebook dikenali ‘Mencari Penderma Buah Pinggang’.

Dr Zainal Ariffin Omar.

“Apakah mereka ini bergurau atau serius kerana pendermaan dan pemindahan buah pinggang bukan satu perkara mudah selain perlu melalui ujian kesesuaian yang memerlukan pembabitan pakar.

“Bukan seperti dalam filem…keadaan ini menimbulkan persoalan sama ada rakyat kita sudah terlalu terdesak,” kata aktivis kesihatan awam itu kepada FMT sambil…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version