PETALING JAYA: Pakar pengurusan perniagaan terkenal Prof Benjamin Laker dari Henley Business School, University of Reading akan mengunjungi Asia bulan depan untuk mempromosikan pelancaran buku terbarunya.
“Advanced Strategic Management: A Dynamic Approach to Competition” dikarang khas untuk pelajar, pendidik dan usahawan profesional sebagai panduan menelusuri kerumitan pengurusan strategik moden.
Buku itu mendapat syor cemerlang daripada ahli akademik di The Wharton School, University of Pennsylvania dan University of Oxford.
Lokasi pertama persinggahan Laker ialah Malaysia, ekonomi yang baru-baru ini dianalisisnya untuk majalah Forbes. Beliau kemudian akan mengunjungi Singapura dan Hong Kong, di mana beliau akan mengadakan libat urus dengan komuniti akademik dan perniagaan.
Acara pelancaran…