Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Pakar’ senjata api buatan sendiri ditahan di Beaufort

today5 February 2022

Background



Suspek dibawa ke IPD Beaufort untuk siasatan lanjut, dan polis akan memohon dia direman mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.  (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang dipercayai “pakar” membuat senjata api buatan sendiri ditahan dalam serbuan polis di Kampung Pansong, Beaufort, semalam.

Ketua Polis Beaufort Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, operasi dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

Suspek berusia 57 tahun itu ditahan dalam operasi pada 2.30 petang bersama selaras senapang jenis bakakuk dan beberapa lagi peralatan membuat senjata api, yang turut dirampas polis.

“Sejurus ditahan, suspek mengaku menyimpan senjata api dan peralatan membuat senjata api di rumahnya,” kata Yusoff Zaki, menurut laporan Berita Harian.

Suspek dibawa ke IPD Beaufort untuk siasatan lanjut, dan polis akan memohon dia direman mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, tambahnya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Rangkaian 3 penyerang sandaran PJ City

Seremban: Skuad PJ City FC optimis terhadap gandingan pemain kebangsaan, R Kogileswaran bersama Darren Lok dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri, untuk mengemudi jentera serangan pasukan itu dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

today5 February 2022