
LANGKAWI: Kerjasama maritim yang dipertingkat dalam kalangan negara Asean boleh membantu memajukan rundingan kod tatalaku Laut China Selatan, kata Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique Manalo.
“Kita ada rundingan asas antara negara Asean dan China, tetapi ini tidak menghalang negara lain daripada mengusahakan kerjasama maritim antara satu sama lain, kerana itu juga akan membantu, walaupun dengan China,” katanya.
“Semua ini boleh menjadi dan menyokong rundingan mengenai kod itu,” katanya kepada FMT.
Manalo, yang kini berada di Langkawi menghadiri Pemukiman Menteri Luar Asean, mengulangi komitmen penuh Filipina terhadap rundingan kod tatalaku itu, yang bermula pada 2018.
Garis panduan tatalaku itu disebut-sebut sejak 1990an susulan tuntutan tegas China ke atas sebahagian besar Laut China Selatan.
Manolo berkata, isu-isu kritikal mesti…