

Kerjasama rasmi antara Umno dan PAS kini mempunyai peluang lebih baik untuk bertahan setelah ia tidak lagi dibayangi Bersatu, kata seorang penganalisis, yang menyokong gesaan agar kedua-dua parti itu menjadikan kerjasama itu sebagai rasmi.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia memberitahu FMT bahawa perjanjian rasmi yang mengikat kepentingan kedua-dua parti akan memberikan lebih kestabilan berbanding sekadar persefahaman bersama.
Beliau berkata PAS dan Umno sebelum ini pernah bekerjasama dalam gabungan Muafakat Nasional (MN), tetapi pakatan itu akhirnya gagal kerana Umno tidak berpuas hati dengan hubungan PAS bersama Bersatu.
Bagaimanapun, katanya, landskap politik telah berubah sejak itu, dengan PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu pada Jun lalu walaupun kedua-dua parti itu kekal sebagai rakan dalam Perikatan Nasional (PN).
Mazlan…