
PETALING JAYA: Pakej khas telekomunikasi dengan diskaun istimewa bagi pekerja e-panggilan dan p-panggilan akan diumumkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, hasil perbincangan bersama ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomunikasi hari ini mencapai kata putus untuk menyediakan pakej khas telekomunikasi kepada golongan berkenaan.
Katanya, kerajaan mendengar keluhan kumpulan pekerja itu dan berharap usaha dilakukan kerajaan dapat meringankan kesulitan serta membantu mereka dalam menjalankan tugas setiap hari.
“Kerajaan memahami kesusahan abang-abang rider (penghantar) kita yang bertungkus lumus menghantar makanan dan bungkusan untuk semua, lebih-lebih lagi di bawah terik matahari dan hujan lebat.
“Ini adalah satu kemenangan kecil buat semua pekerja dalam industri p-panggilan (dan…
