
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.
Inisiatif baharu ini memudahkan proses untuk rakyat Malaysia menunaikan umrah dan melawat Masjid Nabawi, di samping menawarkan akses ke pelbagai tapak keagamaan, budaya dan warisan Arab Saudi yang membolehkan mereka mencipta kenangan yang abadi.
Dalam kenyataan, STA berkata rakyat Malaysia kini boleh dengan mudah mendapatkan visa lawatan elektronik yang membenarkan ‘multiple entry’ dan tinggal hingga 90 hari setahun, melalui platform ‘Lawati Saudi’ atau semasa tiba di pintu masuk Arab Saudi.
Ia berkata, pelawat boleh menunaikan umrah, solat di Masjid Nabawi, dan juga melawat Al-Rawdah Al-Sharifah, dengan syarat…
