Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata dengan harga kurang RM50,000 diharap lebih ramai jemaah haji mengambil tawaran disediakan.

SEPANG: Bakal jemaah haji tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji ditawarkan pada harga bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diberikan lesen oleh Lembaga Tabung Haji (TH).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata perkara itu disambut baik oleh 23 PJH, malah ada yang menawarkan pakej pada harga antara RM43,000 dan RM45,000.
“Alhamdulillah dengan tawaran kurang daripada RM50,000 ini kita harap akan lebih ramai (jemaah haji) mengambil tawaran disediakan, Insya-Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran Karnival PJH 1444H/2023M bertema “Pilih Keselesaan, Pilih Pakej Haji” yang julung kali dianjurkan TH…