Menerusi posting yang dimuat naik oleh IzHaikal Mairee di dalam group Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?, dia memberitahu bekas tuan kucingnya secara tiba-tiba muncul dan meminta supaya memulangkan semula kucing itu.
“Akhirnya Tuan sebenar Abuja dh muncul. Dia nk balik Abuja setelah sekian lama Aku rawat dia. Siap nak buat report polis guys, kejam tak kalau aku tak pulang kan balik,” katanya.
Menurut conversation tersebut, bekas tuan kucing itu yang diberi nama Abuja mengaku telah membuangnya di sebuah pasar dulu kerana tidak mampu merawatnya.
Namun, apa yang membuatkan ramai naik angin adalah apabila dia sewenang-wenangnya menyuruh lelaki itu yang selama ini menjaga Abuja untuk memulangkannya kembali. Malah, dia mengugut untuk membuat report polis sekiranya lelaki berkenaan enggan bekerjasama.