
PETALING JAYA: Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tawau atas tiga pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan kes dadah, pada September tahun lalu.
Tertuduh, Crall Mark Bait, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin dan Majistret Don Stiwin Malanjum.
Mengikut semua pertuduhan, tertuduh didakwa memalsukan dokumen berupa rakaman percakapan dibuat tiga anggota polis masing-masing berpangkat sarjan dan koperal atas jawatan rasmi mereka iaitu rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah, yang telah digunakan dalam Kertas Siasatan Jenayah Narkotik Tawau JSJN/ADB/1005/23.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), IPD Tawau antara 10 pagi hingga 2.00 petang, pada 10 Sept 2023, lapor Berita Harian.
Bagi semua kesalahan…