Balai Seni Negara kini sedang mengadakan Pameran IMT-GT: Rantau, sebuah ungkapan artistik seniman visual dari tiga negara, Indonesia-Malaysia-Thailand. Ia menggambarkan cetusan pemikiran dan perasaan tentang alam, perhubungan keluarga, perjuangan kehidupan, kisah masa lalu dan kehidupan harian.
Orang ramai dijemput untuk melawat dan menghayati semangat kebersamaan serta meraikan kepelbagaian budaya serantau menerusi pameran yang berlangsung sehingga 1 Disember 2024 ini. Masuk adalah percuma!