Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Hot FM

Pameran Kebaya Kita: Antara Ceritera, Identiti & Ekspresi

today18 June 2026

Background

Muzium Seni Asia, Universiti Malaya kini sedang menganjurkan pameran “Kebaya KITA: Antara Ceritera, Identiti dan Ekspresi” yang berlangsung sehingga 20 Ogos 2026 di Aras 2, Muzium Seni Asia, Universiti Malaya.

Berbeza daripada pameran kebaya yang lazimnya memfokuskan kepada keindahan busana semata-mata, pameran ini mengangkat kebaya sebagai medium naratif budaya, identiti dan pengalaman masyarakat Malaysia merentas kaum, generasi dan latar sosial.

Melalui pendekatan kuratorial yang lebih dekat dengan masyarakat, pameran ini menampilkan dokumentasi lisan dan visual menerusi Segmen Ceritera, yang menghimpunkan lapan kisah individu daripada pelbagai latar kaum, budaya dan generasi. Setiap panel mengetengahkan pengalaman, pandangan dan hubungan peribadi mereka bersama warisan kebaya.

Mereka terdiri daripada pereka fesyen, ahli akademik, aktivis budaya hinggalah pelajar, yang masing-masing membawa tafsiran dan pengalaman tersendiri.

Kepelbagaian perspektif inilah yang menjadi teras utama pameran ini!

Poster Acara

Written by: Mifzal


Previous post