Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Satu aplikasi yang diperkenalkan sebagai PandaiBola bakal dibangunkan oleh syarikat MyEdusoccer Sdn. Bhd dalam usaha untuk mencungkil serta mengembangkan bakat baharu bola sepak dan memberikan latihan secara sistematik.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) syarikat tersebut, Muhamad Yazid Yahaya, PandaiBola dibangunkan berpandukan program fizikal dan juga latihan secara maya serta sistem rubrik yang mereka hasilkan.
“Aplikasi PandaiBola yang dibangunkan MyEduSoccer yang juga merupakan pemenang SUPERB pada tahun 2020 adalah satu inovasi latihan bola sepak secara digital untuk mengenalpasti dan menganalisa pemain berpotensi di peringkat akar umbi.”
“Aplikasi ini akan membantu menganalisa perkembangan (pemain) berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan, seterusnya akan dianalisa oleh barisan jurulatih yang berpengalaman berdasarkan kemampuan para pemain tersebut”…