Hantaran di platform Threads milik pelakon, Nora Danish, mencuri perhatian apabila dia berkongsi nasihat mengenai kepentingan memilih sahabat dan pasangan hidup yang sentiasa membimbing diri ke arah kebaikan.
Artikel Berkaitan: Mickey Ayo ‘Like’ Netizen Komen Minta Jaga Nora Danish Dengan Kasih Sayang
Artikel Berkaitan: Nora Danish Muat Naik Foto Lelaki Berkopiah, Netizen Dakwa Sedang Jalin Hubungan Dengan ‘M’ – ‘Jaga Baik-Baik Ya’
Pilih pasangan hidup

Nora, 43, berkata hubungan yang dibina seharusnya memberi pengaruh positif dan membantu seseorang menjadi insan yang lebih baik, bukannya membawa kepada kelalaian atau menjauhkan diri daripada nilai keimanan.
Carilah pasangan hidup dan sahabat yang saling menegur ke arah kebaikan, bukan yang sama-sama hanyut atau menjadikan kita semakin kufur.
Belajarlah untuk berfikir sebelum membuat sebarang penilaian atau tindakan. Tidak salah untuk sentiasa berhusnuzon. Pandangan perlu diubah, iaitu cara kita melihat sesuatu…