
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu tidak relevan bagi pihak pendakwaan memberikan pandangan berhubung tabiat berbelanja Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya dalam perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Presiden Umno itu.
Peguam Zahid, Hamidi Mohd Noh yang mengemukakan hujahan pada akhir kes pendakwaan, berkata pihak pendakwaan tidak sepatutnya membangkitkan isu berkenaan kerana ia tidak perlu.
Katanya, pihak pembelaan membantah sekeras-kerasnya penggunaan fakta tidak relevan yang dinyatakan pendakwaan kerana ia sangat prejudis terhadap anak guamnya.
“Kami memohon mahkamah tidak menimbang pandangan pendakwaan berhubung tabiat berbelanja yang tidak relevan sama sekali. Kami sangat tersinggung dengan kenyataan yang penuh…