
PETALING JAYA: Misteri panggilan tidak dijawab terungkai apabila seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tangan dan kaki terikat serta dibalut dengan kain, dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Jalan Cenaga Baru, Kampung Repah, Tampin, Negeri Sembilan, petang tadi.
Kejadian hanya disedari isteri mangsa pada jam 2.30 petang ketika wanita itu ke rumah sewa suaminya untuk melihat keadaannya selepas tidak menjawab mesej sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin, Anuwal Ab Wahab, berkata pihaknya menerima panggilan menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tampin yang memaklumkan seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah rumah berkunci.
“Isteri bersama ibu dan anak pasangan itu ke rumah sewa lelaki berkenaan bagi melihat keadaan mangsa yang tidak berjaya dihubungi sejak dua hari…