Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Panglima BN mahu ‘birukan’ semula Kemaman

today18 November 2023

Background


Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diiringi pemimpin BN ke proses penamaan calon PRK Kemaman. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Beralih dari medan perang ke gelanggang pilihan raya, calon Barisan Nasional (BN) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berazam mengalirkan semula ‘warna biru’ di Parlimen Kemaman.

Sebelum ini, BN menguasai parlimen itu menerusi Ahmad Shabery Cheek namun hilang penguasaan itu kepada PAS sejak PRU14 hingga kini.

Affandi, bekas panglima tentera berkata beliau akan menggunakan pengalamannya untuk mengatur strategi terbaik bagi menabur bakti kepada rakyat di kawasan itu.

“Setiap langkah yang saya ambil hari ini adalah untuk memberi balik apa yang saya peroleh dan dapat daripada Kemaman selama ini dan saya masuk tadi ibaratkan satu medan untuk saya perang balik dalam bentuk yang lain.

“Dengan medan yang baik ini kita mengurus dengan baik, tidak mustahil kita akan alirkan warna biru di Kemaman,” katanya menurut Bernama selepas penamaan calon PRK…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post