Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Panjat balkoni masuk rumah, remaja cedera jatuh tingkat 5

today12 May 2024

Background


Polis berkata kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang tadi di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau di Presint 11, Putrajaya.

PUTRAJAYA: Seorang pelajar lelaki Tingkatan 5 cedera selepas jatuh dari tingkat lima ketika cuba memasuki rumahnya yang berkunci dengan memanjat tembok.

Ketua Polis Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz, dalam kenyataan malam ini memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang tadi di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau di Presint 11.

“Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.

“Ketika itu, pintu berkunci dan kunci rumah ada pada ibu mangsa yang masih berada di bawah. Mangsa (cuba) memasuki rumah dengan memanjat tembok,” katanya.

Asmadi berkata, mangsa yang juga anak pegawai polis dilaporkan stabil dan masih dalam pemantauan doktor di Hospital Putrajaya kerana terdapat pendarahan di kepala.

Beliau berkata, pembedahan akan dijalankan jika terdapat respons yang baik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Martin juara GP Perancis

Le Mans: Jorge Martin melebarkan kedudukannya kejuaraan apabila meraih kemenangan dalam perlumbaan yang penuh mendebarkan di GP Perancis, Le Mans.

today12 May 2024