
PETALING JAYA: Kerajaan digesa lebih tegas dan kerap memantau kualiti perkhidmatan dalam sektor pemeriksaan kenderaan susulan penamatan monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mulai 31 Ogos ini.
Pakar automotif, Hezeri Samsuri, berkata menerusi langkah itu lebih banyak pihak boleh menawarkan perkhidmatan sama dan ini memerlukan Kementerian Pengangkutan selaku badan mengawal selia sektor itu memainkan peranan untuk memastikan tahap piawaiannya termasuk mengelakkan unsur rasuah.
“Kementerian Pengangkutan perlu melakukan ‘lawatan’ dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti perkhidmatan syarikat terbabit terjaga.
“Puspakom atau syarikat yang beroperasi dalam bidang ini perlu menurut piawaian dan kualiti ditetapkan Kementerian Pengangkutan,” katanya kepada FMT.
Beliau turut mencadangkan pusat pemeriksaan kenderaan diwujudkan di lebih banyak kawasan…